'Biar rakyat nilai lima tahun lagi'- Mohd Sharkar

Mohd Sharkar ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Sabtu.
Mohd Sharkar ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan pilihan raya negeri (PRN) kali ini membuktikan gabungan blok yang ada berjaya mempertahankan kubu masing-masing.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengingatkan agar semua parti kembali menumpukan kepada agenda rakyat.

"Sekarang ini, kita tunggu sahaja habis tempoh. Saya harap dalam pilihan raya akan datang, rakyat boleh menilai sendiri pencapaian semua parti selama lima tahun akan datang.

"Saya ingat, politik ini cukuplah. Kita tak mahu lagi bercakap soal remeh-temeh, selepas ini fokus kepada agenda rakyat," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Sabtu.

Pentadbiran kerajaan di enam negeri pilihan raya negeri (PRN) kekal berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Gabungan PH-BN terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan: