Menang dua kerusi DUN Kelantan cabaran untuk PH-BN

Dr Hafidzah
Dr Hafidzah
A
A
A

KOTA BHARU - Memenangi dua kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan merupakan satu cabaran kepada gabungan dan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim yang memenangi DUN itu dalam PRN kali ini berkata, mereka akan 'beradu tenaga' untuk kepentingan rakyat.

Menurut beliau, dua kerusi itu mampu memberi satu impak semak dan imbang memastikan perjalanan Persidangan DUN Kelantan kali ini benar-benar untuk rakyat.

"Saya tidak bergerak sendirian kerana parti dalam kerajaan perpaduan di negeri ini akan membantu melaksanakan kerja-kerja untuk rakyat," katanya.

Satu lagi DUN yang dimenangi BN-PH ialah Galas iaitu Shahbudin Hashim.

Dr Hafidzah turut menyifatkan kemenangan beliau merupakan satu signal daripada rakyat di kawasan itu yang mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan gembira berjaya menebus dua kekalahan sebelum ini.

Ketua Angkatan Wanita Negeri (Awan) Kelantan itu pernah bertanding pada 2018 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas dan Parlimen Kota Bharu.

Artikel Berkaitan:

Parlimen Kota Bharu menyaksikan persaingan enam penjuru dalam PRU15 pada 19 November ini melibatkan enam parti.

Lima calon lain ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Ketua UMNO Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Profesor Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra), Andy Tan (PRM) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Dr Hafidzah memberitahu akan membawa aspirasi daripada Kerajaan Perpaduan untuk rakyat Kelantan dalam tempoh lima tahun menjadi wakil mereka.