Import baharu Perak pertajam jentera serangan

Durakovic (tengah) bersama Ronaldo dan Careca.
Durakovic (tengah) bersama Ronaldo dan Careca.
A
A
A

KEHADIRAN dua pemain import baharu Perak, Ronaldo Henrique Silva, 28, dan Raianderson Da Costa Morais (Careca), 23, diharap mampu menangani masalah ketumpulan penyudah pada jentera serangan pasukan.

Ketua Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkata, dia berpuas hati dengan prestasi kedua-dua import Brazil itu menerusi dua sesi latihan yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua pemain berkenaan juga mendapat respon yang baik daripada ramai jurulatih termasuk dari Brazil sendiri.

"Rakan-rakan saya (jurulatih) dari seluruh dunia yang mengenali serta pernah menyaksikan pemain-pemain ini beraksi mencadangkan kepada saya untuk membawa masuk mereka ke Perak.

"Saya gembira dengan apa yang saya saksikan pada sesi latihan dan berharap agar kedua-dua pemain ini akan menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) masing-masing supaya boleh beraksi pada suku akhir kedua Piala FA Sabtu ini," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Durakovic berharap agar kehadiran kedua-dua pemain berkenaan mampu membantu skuad The Bos Gaurus itu untuk mencatat kejayaan musim ini.

"Kita berbangga kerana dapat memiliki dua pemain ini dan semoga kita dapat menjaringkan lebih banyak gol selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan: