Bayern sahkan Kane tinggalkan Tottenham

Kane
Kane
A
A
A

KAPTEN England, Harry Kane telah menyertai Bayern Munich menerusi kontrak sehingga 2027, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik juara Bundesliga itu pada Sabtu.

Kane sebelum ini mengesahkan pemergiannya dari Tottenham Hotspur menerusi media sosial dengan ucapan 'sudah tiba masanya untuk pergi.'

Laporan media mendedahkan tawaran lebih 100 juta euro (RM503.83 juta) diterima Tottenham.

Kane muncul penjaring terbanyak zaman Spurs dengan 280 gol dalam 435 penampilan dan hanya kurang 47 gol Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak EPL iaitu 260 gol. - Bernama

Artikel Berkaitan: