Semua pusat mengundi di enam negeri terkawal - Ayob Khan

Ayob Khanketika sidang media selepas meninjau proses pengundian sempena PRN Selangor di Sekolah Kebangsaan Klang Gate hari ini. - Foto Bernama
Ayob Khanketika sidang media selepas meninjau proses pengundian sempena PRN Selangor di Sekolah Kebangsaan Klang Gate hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

GOMBAK - Situasi di kesemua pusat pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, buat masa ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kecuali satu insiden kecil berhubung kekeliruan pakaian oleh pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati.

"Insiden berkenaan telah diselesaikan disebabkan kekeliruan pemakaian oleh pengundi yang memakai baju kemeja t yang mempunyai logo kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Hulu Kelang di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, lebih 35,000 pegawai dan anggota polis mengawasi perjalanan proses PRN ke-15.

"Untuk PRN negeri Selangor, seramai 5,526 pegawai dan anggota ditempatkan di semua pusat mengundi.

Ayob Khan berkata, beliau telah melawat enam pusat mengundi antaranya di Bandar Baru Bangi, Kajang, Ampang dan Rumah Kelab Taman Ukay.

"Setakat ini proses mengundi berjalan lancar. Saya difahamkan sehingga jam 9 pagi, lebih kurang 9.8 peratus yang keluar mengundi di enam negeri.

"Manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang, Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa, Pandan Indah dan Teratai sehingga jam 10 pagi, sebanyak 18 peratus telah keluar mengundi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, rakyat dinasihatkan jangan melakukan sebarang provokasi.

"Kita akan memastikan keadaan terkawal, saya menyeru penyokong parti untuk berfikir secara rasional dan jangan ikut emosi.

"Jika ada sebarang pelanggaran undang-undang, kita akan mengambil tindakan tanpa mengira parti," tegasnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!