Rakyat Kedah perlu beri peluang kepada Kerajaan Perpaduan - PM

Anwar ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka, pada Jumaat.
Anwar ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka, pada Jumaat.
A
A
A

PADANG TERAP - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya rakyat Kedah memberikan peluang kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menjaga dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau berkata, ini kerana Kerajaan Perpaduan telah berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk bagi golongan pesawah, penoreh dan nelayan.

"Cerita politik ini untuk apa? Betul untuk jaga Islam, jaga orang Melayu, Siam, Cina dan India, tetapi yang penting adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

"Saya tak bangga jadi Perdana Menteri kalau saya tak boleh buat apa-apa tolong rakyat miskin," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka pada Jumaat.

Menurutnya, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat perlu baik untuk melancarkan rancangan pembangunan termasuk menarik pelabur luar serta memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya minta semua bagi lah peluang agar kerajaan negeri boleh kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk faedah rakyat. Saya dan kawan-kawan dah ikrar, dan juga tubuh, bentuk dalam kerajaan negeri Kedah yang baharu," katanya.

Anwar menambah, kestabilan Kerajaan Perpaduan sekarang memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelabur luar untuk membuat pelaburan di negara ini termasuk di Kulim.

"Ini kerana ada soalan di tanyakan kepada saya oleh syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) dari Jerman tentang jaminan kestabilan kerajaan dan usaha mengawal golongan pelampau di utara.

Artikel Berkaitan:

"Soalan pertama apakah Kerajaan Perpaduan ini stabil dan kekal lima tahun, saya kata Insya-ALLAH saya bagi kenyataan (yang) UMNO, Barisan Nasional, pendirian PH, pendirian Abang Johari di Sarawak dan pendirian GRS (Gabungan Rakyat Sabah) Ketua Menteri Sabah.

"Yang kedua pihak Infineon baca dasar ekonomi kita, dia kata puas hati dan tanya apakah kerajaan akan tukar dasar ini, saya kata tidak selagi kita dalam kerajaan, ekonomi Madani telah diterima dalam Kabinet dan akan dijalankan.

"Soalan ketiga susah sikit nak jawab dia tanya di Utara, ada golongan pelampau negara sudah mara, apakah boleh kerajaan Anwar kawal benda ini takut mereka rosak dasar ini. Saya jawab tak apa, Insya-ALLAH dalam pilihan raya enam negeri ini terjamin, kita akan tambah satu atau dua lagi negeri termasuk tiga lagi disasarkan menang," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!