Pemandu mabuk didenda RM1,500

Kereta yang dipandu lelaki berkenaan.
Kereta yang dipandu lelaki berkenaan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki berumur 40-an dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau 3 bulan penjara selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Alor Setar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pemandu tersebut telah ditahan semalam di bawah Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dalam Operasi Mabuk di Jalan Putra, Alor Setar yang bermula dari jam 12 malam dan berakhir pada jam 4 pagi.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar (BSPTD) HMPV KD43 telah berjaya menahan sebuah kenderaan yang dinaiki seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an memandu dalam keadaan mencurigakan dan dibawah pengaruh alkohol.

Pemandu tersebut ditahan kerana memandu kereta di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had.
Pemandu tersebut ditahan kerana memandu kereta di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had.

"Setelah ujian pernafasan dijalankan ke atas lelaki tersebut dengan menggunakan alat yang telah dibekalkan, ujian menunjukkan pemandu kenderaan tersebut positif dengan alkohol melebihi had yang telah di tetapkan. Pemandu tersebut telah ditahan untuk dikenakan tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Md Rozi, pertuduhan telah dibuat ke atas OKT hari ini di Mahkamah Alor Setar dan tertuduh mengaku bersalah.

"Perkara ini bukan kes yang baru tetapi sering kali terjadi. Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan memandu dibawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta boleh melibatkan kemalangan jiwa," atanya.

Tambahnya, pihak BSPTD Kota Setar akan mempergiatkan operasi serta mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengesan pemandu-pemandu kenderaan yang dibawah pengaruh alkohol di kawasan-kawasan 'hotspot' yang telah dikenal pasti.

Artikel Berkaitan: