Bukit Aman gempur kilang besi buruk haram

Polis menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja warga asing yang ditahan menerusi Op Bersepadu Pintas di sebuah kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Khamis.
Polis menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja warga asing yang ditahan menerusi Op Bersepadu Pintas di sebuah kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sebuah kilang besi buruk haram di Jalan Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang di sini, digempur pada Khamis.

Op Bersepadu Pintas itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri.

Semasa serbuan, terdapat cubaan beberapa pekerja asing hendak melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun berjaya digagalkan pihak polis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kilang itu turut menempatkan tempat tinggal pekerja asing, namun dalam keadaan yang kotor dan berselerak selain terdapat peralatan memasak di ruangan katil.

Keadaan bilik pekerja kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang diserbu polis pada Khamis.
Keadaan bilik pekerja kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang diserbu polis pada Khamis.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi itu turut bertindak menyelamatkan dua lelaki warga Bangladesh bawah umur yang berusia 17 tahun.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 serta Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966.

"Selain itu, seramai 22 pekerja warga asing termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 48 tahun turut ditahan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka ini terdiri daripada lapan warga Bangladesh, Myanmar (9) dan China (5)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Polis menahan pekerja warga asing di sebuah kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Khamis.
Polis menahan pekerja warga asing di sebuah kilang besi buruk di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Khamis.

Katanya lagi, serbuan juga bertindak menahan dua lelaki warga China berusia 37 dan 58 tahun berperanan sebagai pengurus dan pembantu pengurus kilang.

Tambahnya, dipercayai kilang yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu telah beroperasi kira-kira lima tahun.

"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," ujarnya.