Tawaran PN tangani kos hidup rakyat

Rakyat sambut baik, yakin beri manfaat besar

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Komitmen Perikatan Nasional (PN) mendepani serta menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat Selangor berjaya diperlihatkan dalam kerangka tawaran parti itu yang merangkumi tujuh tunjang, 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Berdasarkan daripada kerangka komitmen PN itu, rakyat Selangor daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama rata-ratanya melihat tawaran PN yang bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ jika direalisasikan, mampu membawa anjakan besar dalam kehidupan seharian mereka.

Lengkap dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor berjumlah RM2 bilion, rakyat Selangor sama ada penjawat awam, peniaga, usahawan, petani dan nelayan sehinggalah kepada wanita serta kanak-kanak bakal menerima limpahan nikmat sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.

Daripada pakej rangsangan tersebut antara tawaran yang dikemukakan ialah elaun elaun khas sekurang-kurangnya dua bulan kepada kakitangan awam, pengecualian cukai pintu, 20 meter padu bekalan air percuma, Inisiatif Asuh Prihatin (APS) kepada 65,000 kanak-kanak, Inisiatif Lahir Selangor kepada ibu yang baru melahirkan anak dan bantuan pembelian barangan asas RM400 kepada 65,000 keluarga yang memerlukan di bawah Inisiatif Bantuan Keluarga Prihatin Selangor.

No Image Caption

Tidak cukup dengan itu, PN meringankan beban rakyat Selangor dengan menawarkan bantuan tambang bas sekolah RM100 sebulan kepada 20,000 kepada anak-anak negeri ini yang memerlukan, menyediakan peruntukan RM6 juta setahun bagi membiayai yuran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada murid dari keluarga yang memerlukan termasuk menyediakan Inisiatif Wanita Waja iaitu bantuan RM500 sebulan untuk tempoh tiga bulan bagi memperkasakan golongan wanita.

Artikel Berkaitan:

Melihat daripada tawaran melalui inisiatif yang dirangka PN, ia jelas menunjukkan keseriusan parti itu untuk membawa perubahan kepada taraf hidup rakyat Selangor.

REAKSI RAKYAT SELANGOR TERHADAP TAWARAN PN

FATHUDDIN
FATHUDDIN



“Amat bersetujulah dengan tawaran pemberian air percuma kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban bil air dan bajet itu boleh digunakan untuk tujuan lain untuk keluarga. Walaupun jumlah bil air nampak kecil, tetapi besar maknanya bagi keluarga yang memerlukan”. - Kerani, Fathuddin Razak, 33.

”Satu perkara yang cukup menggembirakan jika tawaran bantuan yuran asuhan kanak-kanak diberikan kerana kos menghantar anak-anak ke pusat jagaan tinggi, sekurang-kurangnya RM400 seorang. Jika ada bantuan dari kerajaan negeri, ia banyak membantu pasangan bekerja seperti saya”. - Kakitangan awam, Norlela Ahmad Tahwil, 35.

MOHD SYAWALUDDIN
MOHD SYAWALUDDIN

“Tawaran disediakan PN banyak memberi manfaat dan selari hasrat untuk pulihkan ekonomi dan kos hidup rakyat. Saya harap ia dapat dilaksanakan supaya rakyat menerima manfaat”. -Penyelaras kolej, Mohd Syawaluddin Mat Saad, 35.

“Tawaran PN adalah cadangan menarik dan bertepatan dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat ketika ini. Tawaran PN memperbanyak program kebajikan dan memperkasakan ekonomi sangat membantu rakyat yang terjejas selepas pandemik Covid-19 mengatur semula kehidupan mereka kembali normal”. - Pelajar IPTS, Izzati Zaidi, 22.

SAKINAH
SAKINAH

“Saya tertarik dengan bantuan penjagaan anak yang ditawarkan PN. Saya juga seorang ibu dan setiap bulan memperuntukkan RM600 untuk hantar tiga anak saya ke pusat jagaan. Bantuan seperti ini amat diperlukan terutamanya pasangan suami isteri yang bekerja”. - Pembantu kedai, Sakinah Mustapha, 28,

AMALINA
AMALINA

“Segala benda baik untuk manfaat rakyat saya akan sokong asalkan mereka (PN) buat yang terbaik dan seperti yang dijanjikan”. - Pekerja swasta, Amalina Adnan, 28.

“Saya sokong program pemerkasaan wanita diberikan penumpuan kerana isu-isu wanita dalam sektor pekerjaan seperti diskriminasi perlu diberikan perhatian. Dengan adanya perhatian kepada wanita dalam tawaran PN ini, kaum wanita rasa dihargai”. - Pengurus kurier, Farishatul Munawwaroh Samsuri, 27.

SALIM
SALIM

“Saya sokong jika pemberian air percuma diperluas kepada semua rakyat memandangkan Selangor negeri kaya dan wajarlah rakyat menerima manfaat”. - Pesara, Salim Mustam, 69.

SITI RAMAH
SITI RAMAH

“Amat patutlah inisiatif dan program kebajikan diperluaskan kerana rakyat tengah susah. Selain program kebajikan, saya harap aspek penyelenggaraan infrastruktur turut diperbanyakkan terutama gantian paip lama yang kerap pecah terutama di Sri Gombak”. - Pesara, Siti Ramah Palil, 69.

"Program kebajikan dan ekonomi yang ditawarkan PN bertepatan dengan keadaan ekonomi sekarang yang banyak membantu mengurangkan beban rakyat. Saya harap tawaran itu dapat dilaksanakan jika PN diberikan mandat rakyat mentadbir Selangor". - Pekerja swasta, Fahd Muzaid Zakaria, 40.

ADVERTORIAL