Hajat 43 PATI pulang beraya terbantut

Sebahagian Pati ditahan anggota PPM Perak dalam Op Landari di kawasan semak paya bakau, Parit 14 Baroh, Hutan Melintang di sini semalam.
Sebahagian Pati ditahan anggota PPM Perak dalam Op Landari di kawasan semak paya bakau, Parit 14 Baroh, Hutan Melintang di sini semalam.
A
A
A

LUMUT - Hajat 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) mahu pulang beraya ke negara asal tidak kesampaian apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Perak dalam satu Op Landai di kawasan semak paya bakau, Parit 14 Baroh, Hutan Melintang di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Satu Kampung Acheh, Deputi Superintendan Jafri Ahmad berkata, serbuan dijalankan turut membabitkan Unit Risikan Marin, bot ronda PSC 16 dan turut mendapat kerjasama daripada anggota Balai Polis Hutan Melintang dan Balai Polis Rungkup.

Menurutnya, Op Landai berjaya menahan 43 warga asing yang terdiri daripada 12 perempuan, 29 lelaki dan dua kanak-kanak yang kesemuanya warga Indonesia.

"Pemeriksaan kami mendapati 29 daripada mereka memiliki dokumen pengenalan diri tamat tempoh manakala 14 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka dipercayai hendak pulang ke negara asal melalui jalan tidak diwartakan untuk menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian Pati yang ditahan PPM Perak ketika cuba pulang ke negara asal melalui jalan tidak diwartakan kawasan semak paya bakau, Parit 14 Baroh, Hutan Melintang di sini semalam.
Sebahagian Pati yang ditahan PPM Perak ketika cuba pulang ke negara asal melalui jalan tidak diwartakan kawasan semak paya bakau, Parit 14 Baroh, Hutan Melintang di sini semalam.

Beliau juga percaya, perkara ini diuruskan sindiket penyeludupan PATI secara haram.

“Mereka dipercayai akan keluar untuk balik ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga dipercayai diuruskan oleh sindiket penyeludupan pati secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jafri berkata, kesemua mereka ditahan dan pasport dirampas serta dibawa pulang ke Balai Polis Hutan Melintang untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 5(a) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

"PPM mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang di kawasan persekitaran mereka terutamanya kes yang melibatkan aktiviti keluar masuk Pati," katanya.