PRN: Grand Finale PN Selangor di Taman Melawati

Muhyiddin dijangka hadir sama dalam ceramah Grand Finale PN Selangor yang bertempat di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati jam 9 malam.
Muhyiddin dijangka hadir sama dalam ceramah Grand Finale PN Selangor yang bertempat di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati jam 9 malam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput orang ramai untuk menghadiri ceramah Grand Finale PN Selangor yang akan diadakan pada Jumaat.

Muhyiddin menerusi perkongsian di akaun Facebook beliau pada Khamis berkata, beliau akan turut hadir sama dalam ceramah tersebut yang bertempat di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati jam 9 malam.

“Esok (Jumaat) 11 Ogos jam 9 malam saya akan hadir ceramah Grand Finale PN Selangor di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati.

“Jemput semua hadir beramai-ramai untuk bersama dengan saya. Jom kita bina gelombang kemenangan PN dalam pilihan raya negeri Selangor pada Sabtu ini,” katanya pada Khamis.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: