Serangan dron ke atas Moscow digagalkan

Datuk Bandar Moscow berkata pertahanan udara bandar itu menembak jatuh dua dron pada awal pagi Khamis. - Foto hiasan
Datuk Bandar Moscow berkata pertahanan udara bandar itu menembak jatuh dua dron pada awal pagi Khamis. - Foto hiasan
A
A
A

MOSCOW - Datuk Bandar Moscow berkata, pertahanan udara bandar itu menembak jatuh dua dron pada awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sergey Sobyanin mengumumkan serangan dron yang berjaya dipatahkan kira-kira 4 pagi (0100 GMT) itu di Telegram.

Pada akhir Julai dan awal Ogos, ibu negara Rusia itu menjadi sasaran dron disyaki milik Ukraine yang merosakkan bangunan di daerah pencakar langit di pusat bandar Moskva, dua kali dalam tempoh tiga hari.

Beberapa dron juga ditembak jatuh, menurut laporan Rusia manakala fasad menara kaca, yang menempatkan sebahagian daripada Kementerian Pertahanan Rusia, turut terkena serangan.

Serangan dron di bandar dihuni lebih daripada 13 juta penduduk itu sudah berlaku beberapa kali, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan agak kecil.

Moscow pada masa sama telah berulang kali membedil Kyiv dengan dron, peluru berpandu dan peluru berpandu cruise dalam perang sejak lebih 17 bulan lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: