JDT dalam kelompok 20 pasukan terbaik Asia

JDT kini menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara.
JDT kini menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara.
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus unggul untuk mendaki ranking apabila disenaraikan dalam 20 pasukan terbaik Asia berdasarkan data terbaharu dikeluarkan laman Opta Analyst.

Ia menyaksikan lonjakan ketara dipamerkan oleh Harimau Selatan yang sebelum ini berada di kedudukan ke-31 Asia berdasarkan kemas kini pada Julai lalu.

JDT yang mengumpul 73.7 mata mengekori rapat pasukan Jepun, Urawa Reds yang hanya dibezakan 0.1 mata di kedudukan ke-19 peringkat Asia.

Kelab Iran, Persepolis berada di kedudukan teratas di Asia dengan 79.6 mata, diikuti pasukan dari Arab Saudi, Al Ittihad (79.1) dan Al Hilal (78.6).

Di peringkat Asia Tenggara pula, JDT muncul pasukan terbaik megatasi kelab Thailand, Buriram United yang mengumpul 71.9 mata dan berada di ranking ke-603 dunia.

Dalam pada itu, laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak dunia itu turut meletakkan JDT di kedudukan 415 dunia, memperbaiki kedudukan ke-447 dunia pada Julai lalu.

Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai 1,500 pasukan terbaik dengan pasukan Liga Malaysia lain berada di tangga 1,896 dan ke bawah.

Artikel Berkaitan: