Program Semarakkan Merdeka

A
A
A
Penganjur Program Semarakkan Merdeka, Ahmad Fauzi Ismail, 62, (depan) bersama penduduk setempat mengayuh basikal klasik di sekitar kawasan sawah padi sempena Hari Kebangsaan ke-66 ketika tinjauan hari ini.

Seramai 30 individu mengenakan pakaian Melayu busana lama dan basikal turut dihias dengan Jalur Gemilang seakan mengimbau kenangan lalu.

Ahmad Fauzi yang memiliki lebih 40 basikal klasik dan kesemuanya masih boleh ditunggang berkata beliau menganjurkan kayuhan itu bagi membangkitkan nostalgia kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan orang ramai.
Artikel Berkaitan: