PRN penentu masa depan Selangor

A
A
A

Amirudin (tengah) yakin kemenangan PH-BN akan menambahkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Amirudin (tengah) yakin kemenangan PH-BN akan menambahkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

GOMBAK - Pilihan raya negeri (PRN) penentu kepada pimpinan yang akan membawa Selangor terus maju ke hadapan atau bakal merencatkan kemajuan pembangunan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor dibangunkan BN menjadi sebuah negeri maju sehingga 2008, sebelum tugas tersebut disambung PH hingga kini.

Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan kepimpinan namun BN dan PH telah meneruskan legasi pembangunan dan kemajuan dalam negeri.

"Buktinya Selangor telah mencapai 25.5 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang tertinggi dalam sejarah negara.

"Dari segi peningkatan pula, pada tahun lepas Selangor berjaya melonjak sampai 0.7 peratus sumbangan KDNK berbanding 24.8 peratus kepada 25.5 peratus.

"Dalam tempoh 15 tahun PH mentadbir Selangor, inilah lonjakan paling tinggi dalam sumbangan KDNK negara," katanya pada ceramah perdana sempena Festival Arus Merah Kuning di tapak Uptown Sri Gombak pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Amirudin ketika berucap sempena Festival Arus Merah Kuning di tapak Uptown Sri Gombak pada Selasa.
Amirudin ketika berucap sempena Festival Arus Merah Kuning di tapak Uptown Sri Gombak pada Selasa.

Ia turut dihadiri Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Peter Anthony.

Peranan penting

Amirudin berkata, negara kini pada fasa pemulihan ekonomi negara dan Selangor memainkan peranan penting untuk ke arah itu.

"Kerana Selangor penyumbang KDNK terbesar dan punca ekonomi pembuatan servis serta perkhidmatan terbesar dalam negara.

"Disebabkan itu, kerajaan negeri dan Persekutuan sangat perlu bersama-sama ketika ini supaya hubungan ini dapat diperkemas selain pembangunan dalam negeri dapat disekalikan," katanya.

Ujarnya, untuk ke arah itu, PH menerusi Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun menyediakan program ekonomi mendominasi keseluruhan tawaran membabitkan 19 usaha dibawa kepada rakyat.

Pemimpin-pemimpin BN turut hadir memberikan sokongan padu sempena Festival Arus Merah Kuning.
Pemimpin-pemimpin BN turut hadir memberikan sokongan padu sempena Festival Arus Merah Kuning.

"Tawaran ekonomi PN (Perikatan Nasional) hanya RM2 bilion sedangkan satu daripada program ekonomi kita iaitu projek kereta api dari Sepang ke Putra Height/Sungai Pelek, kosnya hampir RM15 bilion hingga RM20 bilion.

"Keutamaan PH jelas mahu membangunkan ekonomi Selangor dan memulihkan ekonomi berbanding pihak lawan yang mahu menawan Selangor untuk menjatuhkan kerajaan Persekutuan," jelas beliau.

Dalam pada itu beliau berkata, prestasi ekonomi bagi suku tahun pertama tidak boleh dijadikan ukuran ekonomi negeri secara keseluruhan bagi tempoh setahun.

Pencapaian ekonomi

"Saya tunjukkan rizab, pencapaian ekonomi, pelaburan tetapi diserang dengan kutipan suku pertama hanya peroleh RM7 bilion dan kalah dengan Kuala Lumpur.

"Memanglah kerana baru suku tahun. Saya ingat semasa Azmin menjadi menteri besar (2017), pencapaian pelaburan Selangor RM7 bilion sahaja dan jatuh ke tangga empat dan lima selain pernah capai cuma RM5 bilion," jelasnya.

Sebahagian penyokong PH dan BN yang menghadiri Festival Arus Merah Kuning pada Selasa.
Sebahagian penyokong PH dan BN yang menghadiri Festival Arus Merah Kuning pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, negara telah berhadapan politik tidak stabil pada penggal lepas yang menyaksikan berlaku pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali.

"Krisis itu ditamatkan selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Ada hikmah tiada kerajaan yang dapat ditubuhkan lalu wujud Kerajaan Perpaduan yang mempunyai dua pertiga majoriti babitkan 148 ahli Parlimen daripada gabungan lima parti paling besar.

"Disebabkan itu, keutamaan kita sekarang bukan bergaduh untuk mencari perdana menteri atau bertukar menteri tetapi memulihkan ekonomi dan rakyat perlu bersatu padu bersama-sama," katanya.

Justeru katanya, kemenangan PRN akan menambahkan kestabilan Kerajaan Perpaduan yang diwakili parti pelbagai bangsa mewakli semua kaum.

"Kalau kita dapat menang PRN, Kerajaan Perpaduan dapat stabil. Saya percaya kerajaan ini akan lebih tahan lama dan berkekalan sehingga 50 tahun," katanya.

ADVERTORIAL