Universiade: Cabaran besar menanti kontinjen Malaysia di Rhine-Ruhr 2025

Wakil tuan rumah edisi Universiade Rhine-Ruhr 2025 Jerman menerima bendera temasya yang membabitkan lima bandar utama - Bochum, Duisburg, Dusseldorf, Essen, Mulheim An Der Ruhr akan berlangsung pada 16 hingga 27 Julai 2025.
Wakil tuan rumah edisi Universiade Rhine-Ruhr 2025 Jerman menerima bendera temasya yang membabitkan lima bandar utama - Bochum, Duisburg, Dusseldorf, Essen, Mulheim An Der Ruhr akan berlangsung pada 16 hingga 27 Julai 2025.
A
A
A

PENCAPAIAN cemerlang kontinjen Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu dijangka sukar diulangi pada Universiade Rhine-Ruhr 2025 di Jerman.

Tambahan pula apabila wushu tiada dalam senarai 20 acara sukan yang akan dipertandingkan mengulangi edisi Napoli 2019.

Temasya Universiade musim panas edisi ke-32 akan berlangsung pada 16 hingga 27 julai 2025 di Rhine-Ruhr Jerman membabitkan lima bandar utama iaitu Bochum, Duisburg, Dusseldorf, Essen, Mulheim An Der Ruhr.

Sukan wushu yang mula dipertandingkan di Universiade Taipei 2017 tidak pernah menghampakan Malaysia apabila menyumbang dua perak, satu gangsa pada temasya tersebut.

Wushu dipertaruhkan untuk sasaran pingat di Chengdu berjaya melakar sejarah sukan negara menerusi Tammy Tan Hui Ling dalam acara qianshu wanita sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun pingat emas sejak penyertaan pertama di Universiade Kobe, Jepun 1985.

Kem Wushu juga cemerlang dengan satu emas, tiga gangsa pada temasya edisi ke-31 ini.

Malangnya apabila Eropah kembali menjadi tuan rumah pada 2025, wushu terkeluar lagi daripada sukan pilihan tuan rumah di samping 15 sukan wajib ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Universiti Dunia (FISU).

Acara-acara sukan yang dipertandingkan di Rhine-Ruhr nanti adalah akuatik (terjun, renang marathon, renang dan polo air), memanah, olahraga, badminton.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, bola keranjang (bola keranjang, bola keranjang 3 x 3), lawan pedang, gimnastik (gimnastik artistik, gimnastik ritmik), judo, mendayung, ping pong, taekwondo, tenis dan bola tampar (bola tampar, bola tampar pantai).

Ini termasuk beberapa sukan paralimpik sebagai sukan pilihan seperti bola keranjang tiga lawan tiga kali pertama dipertandingkan dalam sejarah Universiade, manakala bola tampar pantai kembali semula selepas 12 tahun menghilang.

Taruhan Malaysia di Universiade Rhine Ruhr sudah pastilah kepada sukan badminton dan terjun sambil mengharapkan taekwondo melakar kejutan.

Pada masa sama, olahraga diharapkan dapat menamatkan kemarau pingat sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade.

Majlis penyerahan bendera Universiade dari Chengdu kepada wakil Jerman, berlangsung pada majlis penutup di Taman Musik Terbuka Chengdu, pada Selasa.