Beli kopi di pandu lalu Starbucks Setia Alam

Sydney (tengah) melakukan demonstrasi membru kopi sambil disaksikan kakitangannya yang lain.
A
A

ANDA tersangkut dalam kesesakan? Jom ke Starbucks dapatkan kopi kegemaran anda.

Anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kopi, sebaliknya hanya pandu lalu di ruangan khas yang disediakan.

Di mana lokasinya? Starbucks Malaysia membuka pandu lalu pertama 'bar Reserve' di cawangan Starbucks Reserve Setia Alam, Shah Alam.

Menurut Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays, melalui pandu lalu cawangan Starbucks Reserve ke-10 di Setia Alam itu membolehkan pelanggan mendapatkan menu kegemaran mereka dengan pantas melalui penjualan di tingkap.

"Pada masa sama, mereka berpeluang menikmati keunikan kopi dan bijian istimewa Starbucks Reserve.

"Cawangan Starbuck Reserve ini menampilkan dua bar minuman iaitu bar utama yang menjual produk-produk teras Starbuck dan sebuah bar kopi yang menawarkan tujuh kaedah membru seperti tuang atas, Chemex, tekanan, siphon, ekspreso Black Eagle, Clover dan bru sejuk nitro," katanya ketika ditemui media selepas pembukaan cawangan itu.

Kenapa pemilihan lokasinya di Setia Alam? Sydney memberitahu ia bertepatan dengan budaya kopi yang semakin berkembang di Shah Alam termasuk permintaan tinggi daripada masyarakat di kawasan itu.

“Pembukaan cawangan ini sebenarnya membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menikmati kopi ketika dalam perjalanan, termasuk mereka yang mahukan kopi yang jarang ditemui.

“Buat masa sekarang, cawangan itu akan menjadi satu-satunya pandu lalu Reserve di Malaysia. Kami belum mempunyai sebarang rancangan untuk membuka pandu lalu kedua," ujarnya.

Pengurus Stor Starbucks Setia Alam, Nor Asyikin Shahar sedang membru kopi.
Pengurus Stor Starbucks Setia Alam, Nor Asyikin Shahar sedang membru kopi.

Ruang pandu lalu yang memudahkan pelanggan membeli kopi dan sebagainya di Starbucks Setia Alam.
Ruang pandu lalu yang memudahkan pelanggan membeli kopi dan sebagainya di Starbucks Setia Alam.