PRN: Anggota FRU, PGA Cheras tunai tanggungjawab undi awal

Ayob Khan meninjau proses undi awal PRN di Sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi PGA Cheras pada Selasa.
Ayob Khan meninjau proses undi awal PRN di Sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi PGA Cheras pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,832 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berserta pasangan di Cheras di sini terlibat dalam pengundian awal pilihan raya negeri (PRN) Selangor pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi PGA, seramai 1,031 anggota dan pasangan, manakala untuk FRU pula membabitkan 801 pegawai dan anggota.

"Alhamdulillah, proses undi awal di sini berjalan lancar.

"Apa yang saya lihat, seawal jam 8 pagi mereka sudah beratur untuk mengundi dan dijangka selesai pada jam 12 tengah hari," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Briged Tengah PGA Cheras di sini pada Selasa.

Sebelum itu, Ayob Khan hadir kira-kira jam 7.45 pagi dengan diiringi Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit meninjau proses undi awal pegawai dan anggota PGA di Sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi PGA Cheras.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum bergerak bagi meninjau Dewan Kompleks Perdana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras di sini.

Anggota FRU yang hadir menunaikan tanggungjawab undi awal PRN di Dewan Kompleks Perdana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras pada Selasa.
Anggota FRU yang hadir menunaikan tanggungjawab undi awal PRN di Dewan Kompleks Perdana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras pada Selasa.

Beliau telah disambut Komander FRU Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan pengundian awal pada PRN diminta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya kerana mengundi adalah hak yang diamanahkan kepada PDRM untuk ditunaikan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!