Serah diri selepas 24 jam panjat tiang elektrik

Lelaki itu memanjat dari bumbung rumahnya dan kekal berada di tiang elektrik itu selama 24 jam. - Foto AFP
Lelaki itu memanjat dari bumbung rumahnya dan kekal berada di tiang elektrik itu selama 24 jam. - Foto AFP
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Seorang lelaki di Brazil yang melarikan diri daripada polis memilih 'lokasi' agak luar biasa dan tidak masuk akal.

Individu tersebut bertindak memanjat tiang elektrik dan kekal berada di situ selama 24 jam ketika kejadian di bandar Itabira pada Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan pihak berkuasa di negeri Minas Gerais tiba di lokasi kejadian untuk memberkas lelaki berusia 38 tahun itu kerana melanggar perintah parol.

"Individu itu kemudiannya memanjat tiang elektrik setinggi 10 meter dari bumbung rumahnya," jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, lelaki itu mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk rompakan bersenjata dan kecurian.

Dia bagaimanapun akur menyerah diri pada Sabtu dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum diletakkan di bawah tahanan polis.

Sementara itu, syarikat utiliti Cemig memberitahu insiden itu memaksa mereka memotong bekalan kuasa elektrik kepada kira-kira 380 pengguna di kawasan tersebut selama lebih sehari. - Agensi