Dua pemilik syarikat ditahan SPRM tipu kontrak RM1.1 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kontrak kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an ditahan ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, kira-kira jam 2 petang Isnin.

Sumber berkata, suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej ransangan ekonomi 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

"Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu ini," katanya.