MCA tumpu proses peremajaan parti

Ka Siong (hadapan, empat dari kanan) pada Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor, Kulai pada Ahad.
Ka Siong (hadapan, empat dari kanan) pada Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor, Kulai pada Ahad.
A
A
A

KULAI - MCA perlu meneruskan proses 'peremajaan' dalam usaha mengukuhkan parti berkenaan dalam politik tanah air.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, proses 'peremajaan' itu dilihat penting bagi mendepani cabaran pada masa akan datang, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

"Hari ini dalam Konvensyen Tahunan MCA negeri Johor, saya minta ahli parti agar pentingkan proses peremajaan... kerana undi 18 ni sangat penting untuk keteguhan, perpaduan atau menjadi sumber untuk menambahkan ahli baharu parti.

"Sebagai contoh dalam tempoh singkat bukan kena cari 400, tapi 4,000 ahli kerana setiap hari ada orang capai umur 18 tahun. Dulu kena kempen, sekarang automatik mereka ni jadi pengundi.

"Jadi, memang kena buat sesuatu sama ada suka atau tak, kita kena rancakkan usaha dapatkan ahli baharu. Wanita pun perlu lalu proses ini (peremajaan)," katanya pada sidang media setelah menyempurnakan perasmian Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor di sini pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA yang juga Ketua Wanita MCA Johor, Wong You Fong berkata, pihaknya akan memastikan lebih ramai golongan muda menyertai parti berkenaan terutamanya di peringkat cawangan.

Katanya, mereka ini akan dilatih dan dibimbing secukupnya agar bersedia untuk diketengahkan suatu hari nanti.

"Mereka ini biasanya ada idea baharu dan kita akan 'groom' mereka untuk menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.

"Secara tidak langsung, kehadiran mereka ini juga akan membantu menarik golongan muda lain untuk menyertai MCA," katanya.

.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!