Dera anak hingga mati: Reman wanita, teman lelaki disambung

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Tempoh reman seorang wanita dan teman lelakinya yang ditahan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat didera, minggu lalu disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, permohonan sambung reman terhadap wanita berusia 36 tahun dan lelaki warga tempatan itu dibuat selepas tempoh reman sebelum ini tamat pada Ahad.

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat bagi urusan pertuduhan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di kaki, badan dan muka dipercayai didera di sebuah rumah di Assam Kumbang dekat sini.

Mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama ibu dan teman lelaki tersebut disyaki mengalami penderaan sejak Mac lagi.

Siasatan mendapati, ibu bapa mangsa mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.