Tiga kereta musnah terbakar

Keadaan tiga buah kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala, di sini, pada Sabtu.
Keadaan tiga buah kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga buah kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala, di sini, pada Sabtu.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Noor Faizal Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 11.17 pagi.

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Faizal berkata, 12 minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan dua kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Peugeot yang musnah 100 peratus.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.55 pagi, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.