Lega dapat siapkan santapan untuk TMJ

Muhammad Fairuz (kanan) berkata sesuatu kepada Tunku Ismail. - Foto Kelab Media Johor
Muhammad Fairuz (kanan) berkata sesuatu kepada Tunku Ismail. - Foto Kelab Media Johor
A
A
A

KLUANG - "Lega, akhirnya." Itu reaksi tukang masak di Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut di sini, yang menyediakan santapan serta persiapan demonstrasi masakan tempoyak untuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023, pada Ahad.

Konvoi KMJ diketuai Tunku Ismail tiba ke lokasi. - Foto Kelab Media Johor
Konvoi KMJ diketuai Tunku Ismail tiba ke lokasi. - Foto Kelab Media Johor

Muhammad Fairuz A Rahman, 40, berkata, dia mengambil masa dua minggu untuk melakukan persiapan bagi dipersembahkan kepada Tunku Ismail yang mengetuai konvoi Diraja KMJ kali ini.

Muhammad Fairuz yang mengusahakan kedai makan Pit Stop Sungai Kahang berkata, ‘menu istimewa’ yang dihidangkan dan dipersembahkan adalah masakan yang sinonim dengan kawasan Kahang di Kluang iaitu ‘ikan lais tempoyak’.

“Sebelum ini bermacam-macam perasaan muncul di hati saya, berdebar ada, takut ada, tetapi bila TMJ sudah merasai masakan dan memberikan respon yang positif akhirnya saya berasa lega dan bersyukur.

Tunku Ismail mendengar penerangan mengenai masakan ikan lais tempoyak. - Foto Kelab Media Johor
Tunku Ismail mendengar penerangan mengenai masakan ikan lais tempoyak. - Foto Kelab Media Johor

“Sepanjang 20 tahun saya membuka kedai makan, inilah kali pertama masakan saya dirasai oleh kerabat diraja Johor, lebih-lebih lagi TMJ,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari kedua KMJ 2023 di Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut di sini, pada Ahad.

Tunku Ismail turut berkenan menanam anak pokok meranti sebagai simbolik KMJ tiba di lokasi berkenaan. - Foto Kelab Media Johor
Tunku Ismail turut berkenan menanam anak pokok meranti sebagai simbolik KMJ tiba di lokasi berkenaan. - Foto Kelab Media Johor

Selain menikmati dan melakukan demonstrasi masakan tempoyak, Tunku Ismail turut menanam anak pokok meranti sebagai simbolik KMJ tiba di lokasi berkenaan.

Tunku Ismail berkenan bergambar bersama pemain pasukan paintball daripada Southern Volunteers Simpang Renggam dan Kluang. - Foto Kelab Media Johor
Tunku Ismail berkenan bergambar bersama pemain pasukan paintball daripada Southern Volunteers Simpang Renggam dan Kluang. - Foto Kelab Media Johor

Baginda turut berkenan bergambar bersama pemain pasukan paintball yang terdiri daripada Southern Volunteers Simpang Renggam dan Kluang, serta mencuba sendiri permainan tersebut.

Tunku Ismail juga sempat bermesra dengan penduduk tempatan Kampung Sri Lukut dan Kampung Contoh dengan menyaksikan sukan air dan pertandingan tarik tali, sebelum menyaksikan khemah 'survival tent'.

Tunku Idris Iskandar, Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar dan Dennis Muhammad menyertai rakyat bermain permainan blok jengga gergasi. - Foto Kelab Media Johor
Tunku Idris Iskandar, Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar dan Dennis Muhammad menyertai rakyat bermain permainan blok jengga gergasi. - Foto Kelab Media Johor

Sementara itu, adinda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah menyertai rakyat bermain permainan blok jengga gergasi.

Pada KMJ kali ini, Tunku Ismail buat julung kalinya memimpin jelajah yang akan merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer mulai 5 hingga 8 Ogos 2023.