Annuar nasihat Afiq Amani fikir sebaiknya sebelum keluar UMNO

Annuar Afiq Amani dipakaikan vest Pas oleh Abdul Hadi semasa Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala pada Jumaat.
Annuar Afiq Amani dipakaikan vest Pas oleh Abdul Hadi semasa Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa meminta anaknya, Afiq Amani Annuar supaya berfikir sebaiknya sebelum mengambil keputusan meninggalkan UMNO.

Annuar berkata, beliau berharap Afiq Amani yang juga anak bongsunya itu dapat menggantikan tempatnya dalam Pas satu hari nanti.

"Saya ada empat orang anak, tiga perempuan dan seorang sahaja lelaki. Hanya dia seorang anak lelaki dan dia juga anak bongsu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala pada Jumaat.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Annuar memberitahu, beliau memaklumkan anaknya yang beliau memang nekad menyertai Pas.

Katanya, keputusan memilih Pas dibuat ketika beliau berada di Makkah beberapa bulan lalu.

"Saya juga berpesan kepada anakanda, (Afiq Amani) dalam soal perjuangan jangan fikir pangkat dan jawatan," katanya.

Annuar mengakui pernah dipertimbangkan pemimpin Pas untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya fikir tidak perlu menjadi calon kerana paling penting untuk menjadi ahli Pas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Annuar Musa antara yang keluar UMNO

PRN: Afiq takkan masam muka jika bertembung Annuar

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!