Kastam Thai tahan 15 individu, rampas 5,000 liter diesel, petrol dari Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SONGKHLA - [DIKEMASKINI] Kastam Thailand hari ini menumpaskan cubaan menyeludup 5,000 liter diesel dan petrol dari Malaysia dan menahan 15 warga Thai.

Jurucakap Kastam berkata dalam kejadian antara 4 hingga 7 pagi (waktu tempatan) hari ini, pihak Kastam Thailand mengesan 15 kenderaan yang mencurigakan di sempadan Padang Besar, Perlis – Sadao, Songkhla.

“Siasatan awal mendapati kesemua kenderaan, termasuk 10 buah pikap itu telah diubah suai untuk membawa 200 hingga 500 liter petrol dan diesel.

“Kesemua 15 pemandu kenderaan itu turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Harga petrol RON 95 ialah RM2.08, RON 97 RM2.80 dan diesel ialah RM2.18 di Malaysia.

Di Thailand, harga Diesel ialah 28.09 Baht (RM3.67) dan petrol 31.69 Baht (RM4.14) manakala gasohol (campuran petrol dan ethanol) pelbagai gred adalah antara 29.38 Baht (RM3.83) dan 28.09 Baht (RM3.67). - Bernama

Artikel Berkaitan: