Tun M dibenarkan keluar IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas empat hari dimasukkan ke hospital itu.

Memetik sumber daripada AFP, beliau dibenarkan keluar selepas selesai dirawat selama empat hari di institut itu.

"Ya, Mahathir sudah dibenarkan keluar dari hospital," kata sumber itu ringkas.

Pada Selasa, Dr Mahathir telah dimasukkan dan dirawat di IJN kerana mengalami jangkitan.

Menerusi dua keping gambar yang dikongsi Pejabat Dr Mahathir pada Khamis, Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM) itu kelihatan berada dalam keadaan stabil.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Dr Mahathir sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di IJN.