PRN: 75 laporan diterima di Selangor hari keenam kempen

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 75 laporan diterima Polis Selangor pada hari keenam kempen pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu, polis telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

"Satu kes melibatkan bendera parti Perikatan Nasional yang dipatahkan dengan sengaja oleh orang yang tidak dikenal pasti di Seksyen U2, Shah Alam.

"Satu lagi kes pula membabitkan kain rentang yang dirosakkan selain batang bendera dan 'bunting' yang dipasang di Bandar Botanik, Klang telah hilang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sabit kesalahan bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan ini boleh dikenakan penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, pemantauan di kempen dan ceramah mendapati sebanyak 263 dilaksanakan permit yang diluluskan.

"Sebanyak 201 kempen serta 62 ceramah mempunyai permit," ujarnya.

Justeru, dingatkan semua calon bertanding dan penyokong parti agar bersikap matang, mematuhi nasihat, peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) sepanjang tempoh berkempen ini.

"Diingatkan juga agar mengelak daripada menyentuh isu 3R (raja, bangsa dan agama)," ujarnya.