Lima rumah terbakar di flat TUTA

Lima buah rumah di blok 66, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor musnah dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.
Lima buah rumah di blok 66, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor musnah dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima buah rumah di blok 66, Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rusydi Nordin berkata, kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semasa kejadian semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Beliau memberitahu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 20 anggota dari BBP Skudai dan BBP Larkin dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran melibatkan lima rumah di tingkat empat, TUTA, Skudai, Johor Bahru pada Jumaat
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran melibatkan lima rumah di tingkat empat, TUTA, Skudai, Johor Bahru pada Jumaat

"Kebakaran melibatkan lima buah rumah teres jenis kekal berkeluasan kira-kira 1.8x3.7 meter kaki setiap satu unit di flat empat tingkat. Kebakaran telah memusnahkan antara 50 sehingga 90 peratus rumah terbabit.

"PKO (Pasuka Keluaran Operasi) bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan lima aliran, air tangki serta pili bomba berhampiran sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi ditamatkan pada jam 5.26 pagi.