Padah guna lesen bot tamat tempoh

Sebuah bot nelayan kelas C ditahan di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika dari Timur Tanjung Pulau Chorong kerana menggunakan lesen bot yang telah tamat tempoh pada Rabu.
Sebuah bot nelayan kelas C ditahan di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika dari Timur Tanjung Pulau Chorong kerana menggunakan lesen bot yang telah tamat tempoh pada Rabu.
A
A
A

LANGKAWI - Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan kerana menggunakan lesen bot yang telah tamat tempoh dalam Op Aman dan Op Tiris di kawasan perairan Pulau Langkawi pada Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, Kapal Maritim (KM) Sugut telah menahan bot nelayan itu pada kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika dari Timur Tanjung Pulau Chorong.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong bersama lima orang awak-awak berusia antara 36 hingga 54 tahun.

"Melalui siasatan lanjut, dua daripada enam kru bot yang merupakan warga Thailand tidak memiliki pas lawatan kerja sementara.

"Sehubungan itu, kita menahan dan membawa bot nelayan dan kru ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Romli berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu lesen telah tamat tempoh dan kru warga asing tidak memiliki pas lawatan kerja sementara.