Penyerang Synagogue di Pittsburgh dihukum mati

Pada Oktober 2018, Bowers menembak 11 orang di rumah ibadat Tree of Life yang merupakan serangan terburuk ke atas orang Yahudi di AS - Foto AP
Pada Oktober 2018, Bowers menembak 11 orang di rumah ibadat Tree of Life yang merupakan serangan terburuk ke atas orang Yahudi di AS - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Penyerang anti-Semitik yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai di rumah ibadat Yahudi di bandar Pittsburgh Amerika Syarikat (AS) lima tahun lalu akan dijatuhi hukuman mati, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media AS.

Juri sama yang mensabitkan tertuduh, Robert Bowers, 50, atas 63 pertuduhan pada Jun mencadangkan pada Rabu bahawa beliau dihukum mati.

Hukuman itu akan dijatuhkan secara rasmi oleh hakim kemudian.

Ini merupakan hukuman mati pertama di peringkat persekutuan di AS di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

Beliau semasa kempen pilihan raya menyatakan hasrat untuk memansuhkan hukuman mati.

Pada Oktober 2018, pelaku menembak 11 orang di rumah ibadat Tree of Life. Ia merupakan serangan terburuk ke atas orang Yahudi di AS. - Bernama