Empat filem Malaysia tersenarai calon filem terbaik AIFFA 2023

Abdul Karim Rahman merasmikan malam pembukaan AIFFA 2023 yang menyaksikan pengumuman senarai calon akhir yang akan dinilai untuk malam penganugerahan pada 4 Ogos 2023. - Astro AWANI
Abdul Karim Rahman merasmikan malam pembukaan AIFFA 2023 yang menyaksikan pengumuman senarai calon akhir yang akan dinilai untuk malam penganugerahan pada 4 Ogos 2023. - Astro AWANI
A
A
A

EMPAT filem Malaysia tercalon ke peringkat akhir Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Filem-filem tersebut ialah Barbarian Invasion arahan Tan Chui Mui; Prebet Sapu (Muzzamer Rahman); Perjalanan Pertama (Arief Malinmundo); dan Duan Nago Bogho (Sabri Yunus).

Turut bersaing Before, Now & Then arahan Kamila Andini (Indonesia); Ginhawa arahan Christian Paolo Lat (Filipina) dan Kargo arahan TM Malones (Filipina).

Dalam pada itu, Sabri Yunus dan Tan Chui Mui turut tersenarai sebagai calon akhir Sutradara Terbaik, bersaing bersama Kamila (Before, Now & Then - Indonesia); Christian (Ginhawa - Filipina); Luisi Lagdameo Igancio (Broken Blooms - Filipina) dan Carlo Obispo (The Baseball Player - Filipina).

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menyaksikan pencalonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Perjalanan Terakhir) dan Amerul Affendi (Prebet Sapu). Turut tercalon Andrew Ramsay (Ginhawa); Tommy Alejandrino (The Baseball Player) dan Huy Yaleng (Fathers).

Pelakon Wanita Terbaik menyaksikan pencalonan Happy Salma (Before, Now & Then); Nirina Zubir (Paranoia); Nguyen Hai Yen (Momento Mori: Earth); Maxine Eigenmann (Kargo); dan Coleen Garcia (Kaluskos).

Berikut adalah senarai penuh pencalonan akhir AIFFA 2023:

Lakon Layar Terbaik

1. Before, Now & Then – Indonesia

2. Barbarian Invasion – Malaysia

3. Brilliant Darkness – Vietnam

4. Angkas (The Back Ride) – Filipina

5. Ginhawa – Filipina

Suntingan Filem Terbaik

1. Roh – Malaysia

2. Faces of Anne – Thailand

3. Geylang – Singapura

4. Katips – Filipina

5. Kuntilanak 3 - Indonesia

Pengarah Sinematografi Terbaik

1. Rain Yamson “Akademi” – Brunei

2. Asalisham Bin Mohd Ali “Poochandi” – Malaysia

3. Roy Lolang “The Woman Crowned with a Crescent Moon” – Indonesia

4. Tran Ngoc Khuyen “Momento Mori: Earth” – Vietnam

5. Neil Derrick Bion “Sitio Diablo” – Filipina

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Kim B Ngo “The Brilliant Darkness” – Vietnam

2. Angeline Tan “Duan Nago Bogho” – Malaysia

3. Ruby Ruiz “Ginhawa” - Filipina

4. Elora Espano “Walker” – Filipina

5. Djenar Maesa Ayu “The Woman Crowned with a Crescent Moon” – Indonesia

Pelakon Wanita Terbaik

1. Happy Salma “Before, Now & Then” – Indonesia

2. Nirina Zubir “Paranoia” – Indonesia

3. Nguyen Hai Yen “Momento Mori: Earth” – Vietnam

4. Maxine Eigenmann “Kargo” – Filipina

5. Coleen Garcia “Kaluskos” – Filipina

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Hasnul Rahmat “Jerangkung dalam almari” – Malaysia

2. JM San Jose Bautista “The Baseball Player” - Filipina

3. Beto Kusyairi “Mat Kilau” – Malaysia

4. Benjamin Alves “Angkas (The Back Ride)” – Filipina

5. Otig Pakis “The Woman Crowned with a Crescent Moon” - Indonesia

Pelakon Lelaki Terbaik

1. Andrew Ramsay “Ginhawa” - Filipina

2. Tommy Alejandrino “The Baseball Player” - Filipina

3. Datuk Tamimi Siregar “Perjalanan Pertama” – Malaysia & Indonesia

4. Huy Yaleng “Fathers” - Kemboja

5. Amerul Affendi “Prebet Sapu” - Malaysia

Pengarah Terbaik

1. Kamila Andini “Before, Now & Then” – Indonesia

2. Tan Chui Mui “Barbarian Invasion” – Malaysia

3. Christian Paolo Lat “Ginhawa” – Filipina

4. Luisito Lagdameo Ignacio “Broken Blooms” – Filipina

5. Sabri Yunus “Duan Nago Bogho” – Malaysia

6. Carlo Obispo “The Baseball Player” – Filipina

Filem Terbaik

1. Before, Now & Then – Indonesia

2. Barbarian Invasion – Malaysia

3. Ginhawa – Filipina

4. Prebet Sapu – Malaysia

5. Kargo – Filipina

6. Perjalanan Pertama – Malaysia & Indonesia

7. Duan Nago Bogho - Malaysia

- Astro AWANI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!