Tiga termasuk dua pegawai beruniform ditahan SPRM

MACC logo
MACC logo
A
A
A

LABUAN - Tiga individu termasuk dua pegawai beruniform ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk tujuan tuntutan bernilai lebih RM100,000.

Ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 30-an itu ditahan di Pejabat SPRM Labuan, kira-kira jam 2.30 petang pada Selasa.

Menurut sumber, dokumen yang digunakan suspek mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan.

Kesemua mereka yang bertugas di Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan terbabit pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok pagi (Rabu) bagi tujuan permohonan reman," katanya.