Pekebun kecil getah terima bayaran IPG Julai

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bermula 1 hingga 31 Ogos 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada Julai 2023.

Kadar IPG Julai bagi sekerap (cuplump) getah dan lateks teraktif di Semenanjung Malaysia pada 35 sen sekilogram (kg) bagi 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 70 sen sekg bagi 100 peratus KGK.

Bagi Sabah, bayaran pada kadar 70 sen sekg bagi 50 peratus KGK dan RM1.40 sekg bagi 100 peratus KGK, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi Sarawak, kadarnya pada 60 sen sekg bagi 50 peratus KGK dan RM1.20 sekg untuk 100 peratus KGK, manakala bagi lateks, kadar IPG adalah 90 sen sekg bagi 100 peratus KGK.

Bermula Januari 2023, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.70 sekg atau ke bawah. - Bernam