PRN: Jurutera automotif, calon PN Hulu Bernam

Muiz (krii) turun padang berkempen sempena PRN Selangor.
Muiz (krii) turun padang berkempen sempena PRN Selangor.
A
A
A

HULU SELANGOR - Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon muda yang juga seorang jurutera automotif di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam.

Calon berkenaan, Mui'zzuddeen Mahyuddin, 35, merupakan salah seorang profesional muda yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab membawa kemenangan PN bagi PRN Selangor kali ini.

"Moga dengan nikmat ilmu, kepakaran dan kesihatan yang dipinjam buat saya dan sahabat-sahabat lain oleh ALLAH SWT, dapat memberi sinar baharu bagi DUN yang kami tandingi mewakili PN Selangor," katanya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Muiz merupakan ahli jawatankuasa Pas Hulu Selangor yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mdkanikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Beliau merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Serendah, Sekolah Menengah Agama (SMA) Izzuddin Shah, Ipoh dan SMA Persekutuan Kajang.

No Image Caption

Muiz pernah menyandang jawatan Setiausaha Pas Hulu Selangor dari tahun 2015 hingga 2021.

Dalam pada itu, DUN Hulu Bernam menyaksikan pertembungan dua penjuru membabitkan Mohd Amran Mohd Sakir (PH-Amanah) dan Muiz (PN-Pas).

Untuk rekod, kerusi berkenaan sebelum ini disandang Datuk Rosni Sohar (BN) selama dua penggal.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Rosni menewaskan calon PKR, Amran Sakir dan calon Pas, Salleh Ri dengan majoriti 20 undi.

Bagaimanapun, Rosni tidak mempertahankan kerusi tersebut pada PRN kali ini dan memberikan laluan kepada calon Amanah atas semangat Kerajaan Perpaduan.