Cabar Shabudin letak jawatan Ahli Parlimen

Musa (tengah) bersama kepimpinan Umno dalam sidang media di Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor semalam.
Musa (tengah) bersama kepimpinan Umno dalam sidang media di Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor semalam.
A
A
A
TASEK GELUGOR - Tindakan keluar parti diibaratkan satu pengkhianatan kepada rakyat, tegas Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkaitan isu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya keluar parti kelmarin.

Ia secara langsung menjejaskan kepercayaan kepada rakyat yang mengundi beliau dalam PRU 14 lalu.

Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, parti kesal tindakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang telah mengkhianati

pengundi.

Menurutnya, beliau cabar Shabudin letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.

"Saya cabar beliau beri peluang kepada orang lain dan bertanding semula, kena ingat jentera dan ahli Umno yang bertungkus lumus pada PRU lalu" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor semalam.

Katanya, tindakan sebegini sekali gus mengecewakan semua pihak termasuk ahli Umno sendiri.

"Beliau dapat segala elaun atas tiket beliau menang sebagai Ahli Parlimen, bertanding atas tiket Umno, sedangkan ahli yang bertungkus lumus, tiada apa pun.
Artikel Berkaitan:


"Jadi kepada beliau saya ucapkan selamat maju jaya, dan percayalah tindakannya itu amat mengecewakan kepada Umno di Tasek Gelugor dan Umno Pulau Pinang sendiri," katanya.

Umno negeri membidas tindakan keluar parti.
Umno negeri membidas tindakan keluar parti.



Terdahulu, wujud spekulasi mengejutkan dalam Umno di mana enam Ahli Parlimen akan keluar daripada parti itu.

Spekulasi itu muncul tiga hari selepas hampir keseluruhan besar jawatankuasa Umno Sabah bertindak keluar parti.

Daripada enam nama yang dikaitkan akan keluar parti, hanya dua dapat disahkan iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Empat lagi individu iaitu Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, tersebar surat peletakan jawatan yang diberikan kepada Setiausaha Agong Umno, Tan Sri Annuar Musa yang ditandatangani oleh enam Ahli Parlimen berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai beberapa desakan dalaman Umno yang meminta Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, Musa berkata Umno negeri mengambil pendekatan menyokong kepimpinan yang sedia ada.

"Siapa pun yang dilantik sebagai Presiden, kita tetap akan menyokong, dahulu masa zaman Tun Abdullah, ramai yang minta beliau turun, tapi kita tetap sokong ketika beliau menjawat jawatan Presiden.

"Kita terus menyokong siapa pun yang menjawat jawatan Presiden, dan dalam Umno, kita ambil dasar demokrasi, bebas beri komen," katanya.