Nik Omar 'berpuasa' ulas isu Nik Abduh

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - "Ambo (saya) juga 'puasa' dari ulasan berkaitan kemelut yang menimpa Ustaz Nik Abduh," demikian ulas Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nik Omar berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung tindakan adiknya, Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh yang mahu 'berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Nik Abduh yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi satu hantaran dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.

Sejak beberapa hari lalu, isu berkenaan Nik Abduh tidak tercalon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan menjadi tumpuan dan perdebatan beberapa pihak.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, bapa saudara Nik Abduh iaitu Nik Din mendakwa Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon PRN Kelantan.

Nik Din turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghantar surat meminta Pas menyenaraikan nama Nik Abduh, namun hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan.

Sehubungan itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Abduh sebagai calon PRN.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah, beliau menegaskan, pihak yang membuat tuduhan sedemikian tidak terlibat dalam mesyuarat pemilihan nama calon serta tiada sebarang jawatan dalam parti.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nik Abduh umum puasa, rehat sementara daripada politik

Isu Nik Abduh, Mohd Amar: Nik Din diam diri

Mohd Amar didakwa punca nama Nik Abduh tiada sebagai calon

PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon