[VIDEO] Nik Abduh umum puasa, rehat sementara daripada politik

A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mengesahkan akan berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

"Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

"Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara," katanya.

Beberapa hari ini kecoh berkenaan isu Nik Abduh tidak tercalon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kiri), perkongsian Nik Abduh di Facebook.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kiri), perkongsian Nik Abduh di Facebook.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, bapa saudara Nik Abduh, Nik Din mendakwa Mohd Amar menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan.

Nik Din turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghantar surat meminta Pas menyenaraikan nama Nik Abduh.

Beliau juga hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Sebelum itu Mohd Amar menafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN).

Menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah, beliau menegaskan, pihak yang membuat tuduhan sedemikian tidak terlibat dalam mesyuarat pemilihan nama calon serta tiada sebarang jawatan dalam parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Nik Abduh, Mohd Amar: Nik Din diam diri

Mohd Amar didakwa punca nama Nik Abduh tiada sebagai calon

PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!