181 kempen, ceramah PRN di Selangor ada permit

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 181 kempen dan ceramah yang diadakan sempena pilihan raya negeri (PRN) Selangor mempunyai permit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat Ahad, 130 kempen dan 51 ceramah dijalankan dengan memiliki permit.

"Pemantauan dijalankan bagi memastikan setiap kempen dan ceramah mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Selain itu, pergerakan eskot dan kawalan kertas undi pos ke lokasi simpanan kertas undi yang disimpan di dalam lokap juga berjalan lancar dan terkawal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, polis mengingatkan kepada calon bertanding dan penyokong parti agar mematuhi nasihat, peraturan dan arahan yang ditetapkan.

Pada Sabtu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan setiap kempen dan ceramah PRN yang hendak diadakan perlulah mendapatkan permit ceramah daripada Ketua Polis Daerah di lokasi terbabit.

Semua calon yang bertanding juga diingatkan tidak menyentuh isu 3R (raja, bangsa dan agama) sepanjang tempoh berkempen.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!