Lindungi nama baik Sultan Perak

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Sulit Kanan Sultan Perak, Kolonel Norzahari Efandy Zakaria membuat laporan polis berhubung olahan satu klip video yang dibimbangi mengaitkan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi tujuan politik.

Dalam laporan di Balai Polis Travers, Brickfields di sini pada Sabtu, Norzahari memaklumkan telah menerima klip video itu menerusi WhatsApp yang merakamkan seorang wanita memetik satu bahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti Pas.

“Laporan polis ini dibuat untuk melindungi nama baik Sultan Perak daripada dicemari mana-mana pihak untuk meraih laba politik,” katanya dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan telah menerima laporan pada jam 6.30 petang Sabtu dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.