Wakil BN jadi pencadang calon PH di Wakaf Mempelam

Razak (kiri) bersama Wan Mohd Haikal (tengah) semasa proses penamaan calon di DUN Wakaf Mempelam.
Razak (kiri) bersama Wan Mohd Haikal (tengah) semasa proses penamaan calon di DUN Wakaf Mempelam.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pilihan raya negeri (PRN) kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila wakil Barisan Nasional (BN) menjadi pencadang bagi calon Pakatan Harapan (PH) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, Terengganu semasa penamaan calon pada Sabtu.

Tindakan Ketua Urusetia DUN Wakaf Mempelam, Razak Ali mengiringi dan menjadi pencadang kepada calon, Wan Mohd Haikal Wan Ghazali (PH-PKR) untuk bertanding di kawasan berkenaan dianggap sebagai satu perkara yang luar biasa kerana masing-masing daripada parti berbeza.

Keunikan itu dikongsikan Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Napsiah Khamis dalam satu ciapan di Twitter, sambil menyifatkan ia sebagai satu 'keindahan' yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan.

“Hanya Kerajaan Perpaduan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Undi Wan Mohd Haikal untuk Wakaf Mempelam," ciapnya.

PRN Terengganu bakal menyaksikan pertembungan antara Wan Mohd Haikal dengan penyandang DUN tersebut iaitu Wan Sukairi Wan Abdullah (Pas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Wan Sukairi memperoleh kemenangan mudah dengan majoriti undi sebanyak 7,378 mengalahkan parti lawan dalam pertembungan tiga penjuru.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!