10,948 kanak-kanak OKU daftar Murid Berkeperluan Khas

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10,948 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) telah mendaftarkan diri sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah kerajaan sehingga 8 April lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, mereka terdiri 9,545 orang di sekolah rendah, manakala bakinya di sekolah menengah.

Langkah itu antara lain bagi memastikan hak pendidikan golongan OKU diberikan perhatian serta mengelakkan mereka daripada keciciran, katanya ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: