Altimet mahu wujud semula ukhuwah kampung di Lembah Jaya

Altimet sah bertanding PRN Selangor di DUN Lembah Jaya.
Altimet sah bertanding PRN Selangor di DUN Lembah Jaya.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyanyi Rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet mahu menjadikan kawasan yang ditandinginya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sebagai tempat mesra semua lapisan masyarakat.

Altimet berkata, matlamat itu dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan pasukan bersama penduduk tempatan kerana sebelum ini kebanyakan penduduk yang sudah bersara akan berhijrah ke negeri lain untuk meneruskan hari tua.

“Saya tidak mahu orang yang tinggal di Lembah Jaya keluar daripada kawasan ini kerana dikatakan tiada apa-apa sehingga mereka sanggup menjual rumah lalu berpindah negeri lain seperti Ipoh (Perak), Seremban (Negeri Sembilan) dan sebagainya.

“Saya seboleh-bolehnya mahukan ukhuwah kampung itu mahu dibina semula dan bawa semangat berkenaan walaupun duduk di kota,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon DUN Lembah Jaya di Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Altimet merupakan salah seorang calon yang bertanding bagi PRN Selangor.

Pada masa sama, Altimet memberitahu bahawa beliau mengambil pendekatan untuk mendekati golongan bukan Islam dengan cara memberi kebebasan beragama dan membenarkan mereka meneruskan cara hidup masing-masing.

Beliau berkata, keperibadian yang dipaparkan oleh Rasulullah SAW sewaktu memerintah Kota Madinah wajar untuk diteladani.

Sementara itu, Altimet memberitahu bahawa beliau sama sekali tidak beranggapan nyanyian lagu Hoi Hoi Ya Hoi oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai sindiran.

Malah, beliau bersyukur lagu berkenaan akan menjadi tarikan rasmi orang ramai untuk mengingati Pakatan Harapan (PH).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!