Kerajaan alu-alukan media anjur program debat - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegasja Kerajaan Perpaduan akan terus memastikan rakyat Malaysia mendapat lebih banyak manfaat menerusi inisiatif-inisiatif yang bakal diumumkan kelak.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegasja Kerajaan Perpaduan akan terus memastikan rakyat Malaysia mendapat lebih banyak manfaat menerusi inisiatif-inisiatif yang bakal diumumkan kelak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, program seumpama itu amat digalakkan kepada mana-mana platform media rasmi serta arus perdana untuk dipertonton kepada rakyat selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Kita mengalu-alukan semua media untuk turut terlibat menyediakan platform masing-masing bagi mengangkat wacana sehingga ke tahap debat juga, supaya ia (kempen calon PRN) bukan hanya melempar tohmahan dan ejek-mengejek.

"Bagi saya sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, kita mesti mempraktikkan politik matang termasuk amalan debat,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dekat sini pada

Katanya, beliau juga percaya bahawa banyak platform media terbuka untuk menyiarkan program debat antara calon-calon PRN, tetapi terpulang kepada calon-calon sama ada mereka bersedia atau sebaliknya untuk menyertai program (seumpama) itu.

AKAN MENYUSUL