PRN: Najwan yakin mampu pertahan Kota Anggerik

Najwan (dua dari kanan) tiba di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam, Selangor pada Sabtu
Najwan (dua dari kanan) tiba di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam, Selangor pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi yakin mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

Jelas beliau, bagi memenangi dengan bergaya di DUN itu dan juga Selangor, akar umbi daripada PH dan Barisan Nasional (BN) perlu memberikan sokongan yang penuh.

Beliau turut memaklumkan akan menjalankan gerak kerja kempen bermula pada Sabtu dan jentera parti serta logistik telahpun bersiap sedia dengan perkara itu.

"Kita akan berkempen secara matang dan berhemah tanpa menyentuh sensitiviti seperti yang disaran Sultan Selangor.

"Jadi saya pohon sokongan semua dan kita yakin PH dan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti dan seterusnya mempertahankan Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

DUN Kota Anggerik menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Shukri Omar, Najwan Halimi (PH) dan Azad Akbar Khan sebagai calon ketiga dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRN DUN Kota Anggerik setelah berpuas hati menyemak semua borang pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!