Altimet laung Reformasi

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato Ahmad Razali pada jam 8.34 pagi.
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato Ahmad Razali pada jam 8.34 pagi.
A
A
A

AMPANG - Rombongan yang membawa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Pantai, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet tiba pekarangan Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato Ahmad Razali pada jam 8.34 pagi.

Altimet yang mengenakan baju berona Merah itu hadir bersama-sama rombongan dan calon DUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

Rombongan yang disertai lebih 300 orang penyokong itu berarak sejauh lebih 700 meter dan dimeriahkan dengan laungan Reformasi dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Perarakan berkenaan itu disertai oleh penyokong daripada Parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), masing-masing mengenakan baju berwarna merah dan biru serta membawa bendera parti.

Ikuti perkembangan berita semasa politik tanah air di sini!