Sokongan pimpinan UMNO beri semangat pada Amanah

Sokongan yang diterima Parti Amanah Negara (Amanah) daripada pihak pimpinan UMNO Bahagian di Kelantan amat memberangsangkan. - Gambar hiasan
Sokongan yang diterima Parti Amanah Negara (Amanah) daripada pihak pimpinan UMNO Bahagian di Kelantan amat memberangsangkan. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Sokongan yang diterima Parti Amanah Negara (Amanah) daripada pihak pimpinan UMNO Bahagian di Kelantan amat memberangsangkan, katanya Pengarah Pilihan Raya Negeri Amanah Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Beliau berkata, kerjasama itu terbukti apabila kehadiran pimpinan UMNO peringkat bahagian di beberapa program yang dilaksanakan setakat ini dilihat amat ramai dan cukup memberi kesan untuk perpaduan.

"Kehadiran mereka membantu memberikan semangat kepada Amanah yang dilihat lemah di beberapa bahagian,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata, perpaduan antara parti di dalam Pakatan Harapan diharap dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada PRN kali ini kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai perancangan yang tidak menjadi oleh kerajaan negeri sekarang.