David Marsheal umum keluar DAP, tanding Bebas DUN Perai

David Marshel
David Marshel
A
A
A

BUTTERWORTH - Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa Autocity, David Marshel, pada Khamis mengumumkan keluar parti dan mengesahkan akan bertanding atas tiket bebas bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu berkata, telah menghantar surat keluar parti selepas berkhidmat lebih 15 tahun, kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Rabu.

"Saya menyokong Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, walaupun beliau akan datang ceramah untuk calon DAP di kawasan ini. Saya janji akan sokong Ketua Menteri,” katanya dengan sebak pada sidang media di Pejabat Khidmat ADUN Perai di sini, pada Khamis.

Antara penyandang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang tidak tersenarai sebagai calon pada PRN kali ini ialah Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat Phee Boon Poh; Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Chong Eng; Exco Belia dan Sukan Soon Lip Chee; Exco Pelancongan dan Industri Kreatif Yeoh Soon Hin dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi P Ramasamy.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya DAP bertanding 19 kerusi DUN dan menang kesemua kerusi di Pulau Pinang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!