'ALLAH tidak pernah tidur' - Faisal

Hantaran Faisal di laman Instagramnya.
Hantaran Faisal di laman Instagramnya.
A
A
A

PEMAIN sensasi Selangor FC, Faisal Halim berserah kepada ALLAH SWT selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman penggantungan selama sebulan bermula aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.

“ALLAH tidak pernah tidur,” katanya melalui satu hantaran di laman Instagramnya yang turut meletakkan emoji menadah doa.

Sebelum ini, FAM melalui jawatankuasa Tatatertib telah menggantung Faisal selama sebulan selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).

Kenyataan itu dikeluarkan Faisal ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April lalu.

FAM menjelaskan, Faisal sebenarnya digantung selama empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023.

Namun, tonggak Harimau Malaya itu hanya dikenakan penggantungan selama sebulan, manakala penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos depan.

Badan induk bola sepak negara itu tetap memberikan peluang kepada Faisal untuk membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.