Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh - PM

Anwar - FOTO SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anwar - FOTO SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, inisiatif cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

"Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini.

Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini pada Khamis.

Konsep Payung Rahmah cetusan idea Allahyarham Salahuddin akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup.
Konsep Payung Rahmah cetusan idea Allahyarham Salahuddin akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan antara Jemaah Menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, konsep Payung Rahmah adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi Madani telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Ahad lepas selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin amat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033

Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama

Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM